Dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti "anak lelaki kepada" manakala Binti pula mewakili "anak perempuan kepada". Ia berasal daripada perkataan Arab iaitu "ibn" (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau "binti" (بنت) bagi anak perempuan. Sebagai contoh,Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki Mohamad. Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galuribu seperti Isa bin Mariam.
Penggunaan perkataan "bin" atau "ibn" dalambahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat. "Ibn" ialah tranliterasi daripada alif-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alif ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai "bin" (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.
Bin dalam Islam menurut perintah Allahdalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-
Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Ahzab, Ayat 5
Surah Al-Ahzab, Ayat 5
Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldunmemberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.
Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negaramenggunakan sistem penamaan tanpa "bin" bagi pendaftaran anak angkat (Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).[1], Tindakan ini bagi menangani laporan akhbar pada 12 Julai2008, yang telah melaporkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hukum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.[2][3]
Patronimik masih digunakan di kebanyakanDunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.
Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datukdigunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum. Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti ialah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.
Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar. Ejaan ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman.[4]
Rujukan
1. Jalan penyelesaian JPN -- Hukum syarak tetap dipatuhi dalam penamaan anak angkat.
2. Peguam Syarie Menulis: Kecelaruan nasab akibat jahil hukum anak angkat
3.Anak angkat diwajib bin, binti Abdullah.
4.©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2015 Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment