Wednesday, 10 May 2017

Utamakan pencapaian, bukan perasaan😉


Mahu sukses, fokus pada pencapaian... Bukan pada perasaan. Cinta tanpa kekukuhan ekonomi itu cinta yang berliku. Cinta yang dilandaskan oleh kekuatan ekonomi itu baru cinta yang kukuh.
Ini zaman kapitalis, semua perlukan wang. Bukan lagi zaman jepun, yang boleh duduk di pondok kecil boleh suka hati tanam ubi di tanah yang free dan minum air sungai yang besih tanpa cemar.
Lalu ada yang protes... Dengan cinta saya boleh berusaha lebih semangat ke arah kesuksesan. Tanpa cinta saya lemah... Ok, cinta sama tuhan ka nda?... Iya katanya... Cinta sama keluarga ka nda?... Iya juga katanya... Belum cukupkah itu membuat mu semangat utk bekerja dan berkarya ke arah kesuksesan?
Kalau katamu perlu cinta dari pasangan baru semangat untuk sukses, jangan-jangan yang kau perlukan sebenarnya bukan cinta, tapi sebetulnya kau perlukan tempat untuk bergantung dan berlindung daripada kerasnya kehidupan... Kalau begitu cinta mu munafik kawan. Kerana tanpa pasangan, hidup mu seakan sudah berakhir, kerana kau kehilangan tempat bergantung.
Niatlah utk sukses demi menampung keluarga yang kau cintai... Dan demi mengikuti perintah tuhan yang kau kasihi... Dengan begitu dirimu akan lebih kuat melangkah dan keberkatan melimpahi perjalanan hidup mu. Keluargamu tidak akan pernah membuang mu, dan tuhan mu tidak akan pernah mati... Tapi pasanganmu, dia boleh pergi anytime. Yang jelas, dia pasti akan mati.
Berjuanglah untuk sesuatu yang lebih teguh dan kukuh. Demi keluarga, demi bangsa dan negara, dan demi menyahut perintah tuhanmu.
Ketika dirimu berada di suatu puncak kesuksesan, cinta akan hadir melimpah limpah. Tinggal kau pilih siapa yang layak untuk dirimu. Kerana hukum alam menetapkan begini... Orang yang sukses akan didampingi oleh orang sukses. Orang kuat akan didampingi pasangan yang juga kuat. Orang lemah akan didampingi pasangan yang lemah. Orang warak akan didampingi pasangan yg warak. Orang clubbing akan didampingi pasangan yg clubbing.
Pelajarannya apa? Jika dirimu ingin didampingi pasangan yang sukses, maka sukseskan lah juga dirimu. Jika dirimu ingin didampingi oleh orang yang kuat, maka kuatkanlah juga diri mu. Ini hukum alam, bukan hukum hakam buatan. Its the selction of nature.
Ketika dirimu lemah, lalu kau mencari pasangan yang kuat, alam tetap akan memilih dan akhirnya kau gagal mendampinginya, kerana getaran mu berbeza. Tetapi ketika kau sibuk memperbaiki lemahnya diri mu sehingga diri mu menjadi kuat, hukum alam memilihkan pasangan yang secocok sama kuat untuk mu. Like attract likes. This is the law of attraction.
Kau mengharapkan berganding dengan pasangan setaraf Yusuf, tapi dirimu tidak berusaha menjadi selevel Zulaika... Ketika dirimu berusaha menjadi selevel Zulaika, maka Yusuf mu datang sendiri tanpa kau usahakan... Kerana hukum alam tadi.
Kau mengharapkan kekasih seindah Fatimah, tapi kau tidak tempa dirimu segagah Saidina Ali. Maka jangan hairan alam memberimu nenek kebayan.
So... Utamakan pencapaian, bukan perasaan.
Salam sayang seperti selalu :)
Diari mentor

No comments:

Post a Comment