Usah lah kita cemuh manusia-manusia yg telah terlanjur berbuat dosa. Andainya kita berada di tempat mereka, membesar di suasana hidup mereka, bergaul dgn manusia di persekitaran mereka, kita juga pasti akan jadi seperti mereka.
Anda dibesarkan di persekitaran agama. Anda tidak perlu berjuang siang dan malam utk sesuap nasi sebagaimana mereka lalui. Anda tidak perlu bergaul dgn manusia-manusia kasar spt mana mereka terpaksa tempuhi.
Persekitaran anda menyokong pembentukan iman. Sedangkan mereka sebaliknya. Anda dan mereka hanya dibezakan oleh nasib hidup. Salah mereka kah bila harus lahir di dalam keluarga susah sehingga harus menjalani kehidupan yg begitu berat menekan?
Kadang-kadang hidup ini membuat kita tidak byk pilihan, bahkan kadang malah tiada pilihan... Kadang pilihan hanya ada Mati atau Nikmati... Pulang atau Ulang.
Jadi sebelum anda berbangga dgn keadaan anda yg bgtu beruntung... yg bgtu agamawi... yg bgtu suci... dan mencemuh serta memandang enteng mereka yg penampilannya kelihatan spt 'bakal penghuni neraka' di mata anda, renung dulu dalam-dalam. Apakah jika anda berada di laluan hidup mereka maka anda akan dpt jd spt anda skrg ini? Apakah jika anda yg harus memikul beban yg mereka pikul sekian lama maka anda blh mengelak utk jadi spt mereka hari ini?
Tuhan tidak memandang wajahmu, tapi di hati mu. Penampilan mu yg kelihatan spt bakal 'penghuni syurga' tidak menentukan hati mu juga seharum syurgawi. Penampilan mereka yg spt 'bakal penghuni neraka' tidak menentukan hati mereka sebusuk air parit neraka.
Igt lah... Nasib mereka hanya kurang baik berbanding anda. Nasib hidup lebih memihak kpd anda. Lalu jadilah manusia yg prihatin. Bimbinglah mereka yg perlu, berilah sedikit kelebihan anda kpd mereka yg kekurangan, dan sayangilah mereka sehingga mereka juga blh menikmati nikmatnya hidup di dunia ini.
Jgn jadikan apa juga jurang perbezaan memisahkan rasa kemanusiaan anda. Kita semua sama. Bezanya sy sedikit lebih hensem dr anda heheee
Salam kasih sayang tanpa batas dari dasar hati yg terdalam. Moga anda semakin bijaksana dan bahagia
:)

Diari mentor
No comments:
Post a Comment