Baca sampai habis ye..tapi x paksa..hanya saranan..he he
"You are what you think You are’.
Ini yg ku maksudkan sebelum ini..Naik dan turun, 'uruj dan nuzul di maqam-maqam spiritual, adalah rutin harian kehidupan seorang spiritualist🤔...pakaian apa yg anda pakai?
Potensi Sang Diri semakin dibatasi mengikut lapisan pakaiannya. Setiap tubuh mengikat DIRI dengan ikatan-ikatan ghaib sehinggalah Sang DIRI semakin terhad kemampuannya. Oleh itu, anggapan atau persepsi kita terhadap diri kita sekarang ini bukanlah sebuah hakikat. Kerana ‘aku’ kita sekarang ini adalah ‘keakuan’ berdasarkan lapisan tubuh kita, dan bukanlah ‘keakuan’ bagi DIRI yang sejati. Umpama seorang Raja, dipakaikan pakaian Menteri, lalu Baginda berkata “ Oh, aku adalah seorang menteri”. Lalu dilapis lagi dengan pakaian panglima, lalu Baginda berkata, “ Oh, aku adalah seorang panglima “. Sehinggalah Baginda dipakaikan dengan pakaian seorang hamba abdi, iaitu hierarki paling rendah dalam masyarakat, lalu Baginda pun berkata, “ Oh, aku ini adalah seorang hamba”. Kehidupan Baginda kini adalah mengikut anggapan atau persepsi fikirannya. Baginda hidup seperti hamba abdi, berpakaian dengan pakaian hamba abdi, makan dengan makanan hamba abdi, dan semuanya mengikut kasta kesedaran dirinya yang terkini. Pada hakikatnya, Baginda adalah seorang Raja, namun pakaiannya menjadi mental blocking atau hijab bagi kesedarannya, sehingga Baginda menganggap dirinya sebagai hamba abdi lalu hidup sebagaiman seorang hamba abdi. Seandainya, Baginda melepaskan pakaian-pakaian yang menghadkan kesedaran dirinya ini, maka Baginda akan kembali memiliki kesedaran seorang Raja dan memiliki semua keistimewaan seorang Raja. Sebab itu ada ungkapan, ‘ You are what you think You are’.
Sekarang kesedaan DIRI kita sedang terikat dan terbatas pada tubuh fizikal. Maka disini kesedaran kita adakah terbatas pada persepsi tubuh fizikal ini. Apabila kita berkata ‘aku’ maka kita menganggap diri kita adalah Si Abu, Si Ali, Si Umar, Si noreen dan banyak lagi peribadi-peribadi. He he..Sengaja edit letak nama2 tu...so yg tahu diam sahaja...sengaja ku petik nama2 kalian...😎 Kita menganggap bahawa inilah ‘aku’ dan inilah kemampuan diriku. Padahal hakikatnya itu cumalah ‘aku’ berdasarkan lapisan tubuh, bukan AKU yang sejati. Apabila anda bermujahadah melatih rohani, ‘aku’ anda akan berubah lagi dan potensi andapun akan semakin meningkat kerana kesedaan anda semakin naik ke lapisan tubuh yang lebih tinggi. Umpama Sang Raja dalam perumpamaan di atas tadi. Jika dia melepaskan pakaian hamba abdi yang menutup dirinya, akan terlihatlah pakaian Panglima pada dirinya. Oleh itu kemampuannya sudah meningkat daripada hamba abdi kepada kemampuan seorang panglima. Setiap pakaian atau maqam ada potensinya. Semakin tinggi maqam maka semakin terbuka potensi sang DIRI. Kemampuan merawat, mata ketiga, pendengaran batin, meraga sukma, dan lain-lain kemampuan supernatural adalah kemampuan-kemampuan yang akan anda perolehi ketika anda bermujahadah menaiki tangga-tangga spiritual, melepas hijab-hijab DIRI anda. Itu pasti kerana semua itu adalah potensi-potensi semulajadi DIRI anda yang sejati.
Sama dengan setiap kita, semua lapisan tubuh ini, daripada lapisan paling halus ke lapisan paling kasar dan padat iaitu tubuh fizikal, hanyalah PAKAIAN bagi DIRI, dan bukanlah DIRI yang sebenar. Namun sudah menjadi ketentuan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana, bahawa lapisan-lapisan tubuh ini menjadi hijab/pelindung kesedaran kita dan merupakan ujian bagi kehidupan kita di dunia ini. Tugas kita didunia ini adalah berjuang/mujahadah untuk melepaskan pakaian-pakaian ini sehingalah kita dapat meraih kembali kesedaran sejati kita. Perjuangan atau mujahadah inilah yang kita kenali dengan istilah ‘ibadat’. Dengan demikian, matalamat ibadat bukanlah untuk mendapatkan pahala dan meraih syurga namun untuk melepaskan pakaian-pakain yang menghijab potensi sejati sang DIRI. Pahala-pahala hanyalah untuk memotivasikan kita agar semakin kuat dan rajin beribadat, dengan harapan semoga dengan kerajinan ini memungkinkan kita untuk melepaskan pakaian-pakaian tubuh yang menghijab kesedaran Sang DIRI.
Jika dalam ibadat, kita masih mengharapkan pahala dan syurga maka, matlamat ibadah masih belum sepenuhnya kita dapat raih. Panduan untuk perkara ini diabadikan di dalam Kalam Suci sebagai berikut :
Wamayyarju liqa’arobbihi fal ya’mal ‘amalan solihawwala yusyrik bi’ibadati robbihi ahada.
Ertinya:
Barangsiapa yang ingin menemui tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga
Surah Al-Kahfi : 110
Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat, manakala matlamat ibadat adalah untuk ‘menemui tuhan’. Sedangkan untuk ‘menemui tuhan’ harus dengan DIRI sejati iaitu Ruh kita kerana dimensi ketuhanan yang maha suci begitu tinggi dan halus dan hanya dapat dimasuki oleh ruh yang merupakan bahagian daripada esensi atau zat ketuhanan. Tidak akan terjadi ‘pertemuan dengan tuhan’ jika sang DIRI masih lagi dibelenggu oleh ‘pakaian-pakaiannya’. Dalam ibadat itu pula syaratnya haruslah ‘tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga’. Jika dalam ibadat kita masih ingin pahala dan syurga, maka itu adalah ‘syirik’ yang halus atau syirik kahfi dan dengan itu syarat untuk ‘bertemu tuhan’ tidak terpenuhi.
Singkat kata, dalam ibadah haruslah ikhlas benar-benar Lillahita’ala, bukan ‘Lilpahala’ atau ‘Lilsyurga’.
Semoga Allah membuka ruang kesedaran kita, meningkatkan maqam rohani kita sehingga kita semakin mengenali diri dan memanfaatkan pengenalan diri ini untuk manfaat kehidupan kita pada semua aspek.
No comments:
Post a Comment