GANJIL...???
Ganjil sikit dan mencarik adat sikit dh dikata pakai jin dan khadam...🤔. Diserang dan penyerang terpelanting...jin juga dituduh berkuasa...oh itu guna jin tu..jin dia yg tolak penyerang tu..???
Bagi yg yang menuduh semua keganjilan ini sebagai kuasa jin dan campur tangan jin. Padahalnya kita terlupa, bahawa KUASA dan ILMU ALLAH itu ada banyak dan berbagai-bagai jenis ditabur dan tersebar di alam semesta ini, apalagi jika ia membabitkan kuasa manusia.
Tanpa disedari, rupa-rupanya masih ada juga manusia tanpa sedar, MEMPERCAYAI KUASA JIN sebagai kuasa terunggul yang mampu memudaratkan dan mengubah realiti manusia, tetapi mengabaikan pula ilmu pengetahuan tentang kuasa manusia sebagai makhluk Tuhan yang termulia di bumi ini.
Kita sebagai manusia telah diberi kebijaksanaan dan keupayaan melebih jin itu sendiri tuan-tuan dan puan-puan. Sampai bila kita harus terdoktrin untuk merasakan bahawa jin itu sungguh kuat hingga mampu merosakkan diri kita? Ataukah kita sebenarnya hanya mengkambing hitam kan jin sebagai ENTITI BISU yang tidak mampu mempertahankan diri mereka untuk menutup KEBURUKKAN NAFSU dan EGO kita semata-mata?
Ok...nk cite sikit
Dari segi metafizik...
Dalam latihan pukulan jarak jauh, medan magnetiknya terbalik. Medan sama menarik, medan berbeza menolak.
Murid yang tenang, medan magnetik auranya padat dengan cas positif hasil latihannya. Manakala murid yang menyerang pula menukar medan positif ke negatif melalui daya emosi marahnya.
Apabila penyerang mendekati yang diserang, medan magnetik aura tadi berlaga sehingga penyerang pun tertahan pada jarak beberapa langkah atau jengkal. Semakin dia marah, semakin tebal dan padat medan magnet negatifnya yang menyebabkan dia tertolak atau terpelanting dengan extrim.Makin penyerang emosional, makin ganas efeknya. Maka master yang arif akan memancing emosi musuhnya sampai full kalau boleh sehingga si musuh terperangkap sendiri oleh medan magnetik aura marahnya
Sebab itu... Jika penyerang tidak marah, tidak terjadi proses magnetik tadi.
Yang di atas adalah jenis tenaga dalam mengolah emosi. Beza lagi dengan yang mengolah cipta.Apa bezanya? Saya pun tidak tahu hahaa. Nanti nk pergi tanya guru lg...
Sekian
No comments:
Post a Comment