Kejayaan empayar islam menguasai 2/3 dunia pada zaman lampau terjadi kerana kesatuan ummah yang tulen yang dijana melalui didikan Rasulullah terhadap jiwa umat islam yg perpegang teguh pada nilai-nilai rohani. Keyakinan tauhid diutamakan, bukan pada kaedah amalan-amalan zahir. Konsep yg diperjuangkan adlh bersandar pada kuasa tuhan yg esa diterima setiap manusia kerana fitrah hakiki setiap jiwa manusia adalah cenderung untuk bersandar kpd suatu kuasa yg lebih tinggi.
Zaman ini ummah bergaduh sesama sendiri kerana perkara2 remeh, soal halal haram, soal sesat menyesat kafir mengkafir, soal bait lagu ada unsur hina tuhan, soal 'ini kalilah' konon hina tuhan kerana sama dgn ayat 'inni qalillah'..... Adehhhhhh
Andai ulama zaman dulu hidup semula pada zaman ini mereka pasti bingung memikir, "sudah jadi apa ajaran islam zaman ini... Kaki di kepala kepala di kaki. Yang utama diabai dan yg remeh temeh diutamakn".
Keharmonian, keamanan, dan kesatuan semakin luntur seiring semakin lunturnya nilai-nilai rohani yang dipegang oleh manusia. Jika pemimpin saling memiliki kesedaran 'baiki rohanimu, aku baiki rohaniku' pasti dunia akan harmoni, aman dan bersatu.
Kita x semestinya satu syariat, yg penting kita berpegang pada prinsip rohani meyakini tuhan yang satu, pasti jiwa kita disimbah dgn rahmat dan bersatu dalam cinta dan kasih sayang. Hanya dgn cinta dan kasih, dunia akan aman dan hidup akn bhgia
:)

-Diari mentorku...
No comments:
Post a Comment