Saturday, 25 February 2017

TAK SEMUA LEBAM SEBAB JIN.. BACA SAMPAI HABIS..




Lebam-lebam ??? tak tahu dari mana datangnya lebam…
bangun pagi tiba2 ada lebam kat anggota badan, siapa disini yang kerap ada lebam2 dibadan?
Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.
Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.
Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.
Tanda ada gangguan Jin dalam badan
DALAM KEADAAN JAGA
– Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
– Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
– Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
– Selalu ada pergerakan dalam badan.
– Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
– Selalu sakit kepala.
– Selalu sesak nafas
– Selalu cepat marah
– Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
– Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
– Selalu berasa ketakutan.
KETIKA TERTIDUR
– Kerap terjaga.
– Selalu susah hendak tidur
– Bercakap/ berjalan dalam tidur
– Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
– Selalu mimpi kanak-kanak
– Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
– Selalu mimpi lemas/ banjir
Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu.
Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi.
Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu.
Kenapa mandi dengan limau??? Sebab...jin mengenali mangsa gangguannya melalui bau badan. Itulah cara dia mendatangi mangsa yang sama berulang-ulang kali. Mandi limau ini akan merubah bau badan kita dan jin itu tidak akan mengenali kita lagi.
InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita kepada Allah, masalah gangguan jin ini akan dapat dihentikan.
Lain2 pendapat:
MASALAH LEBAM DI PAHA
SOALAN:
Saya ingin bertanya. Benarkah jika seorang isteri sering lebam di peha, bermaksud itu adalah gangguan pelesit? Dan ada yang beritahu saya, apabila sering diganggu begitu, si isteri akan sukar untuk hamil.
Jika ia benar, bolehkah ustaz berikan amalan, ayat atau kaedah untuk 'menghapuskannya' yang boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berjumpa dengan perawat?
Terima kasih.
JAWAPAN:
Assalammualaikum WMT, salam yaumul Mazid.
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan menjadi sebaik-baik rancangan untuk hari seterusnya.
Merujuk kepada persoalan di atas. Jawapan mudahnya, TIDAK, sama sekali TIDAK BENAR.
Adapun lebam pada paha itu merujuk kepada masalah rahim terlalu mengecut atau mudah cerita rahim sedang bermasalah. Maka pendarahan dari vascular utama tidak lancar, yang mana vascular untuk rahim dan juga kelakian adalah pada sekeliling paha.
Maka, tiada ditolak akan kebenarannya, jika lebam di paha itu antara factor seseorang itu susah hamil, tetapi yang jelas bukan faktor perkara mistik. Selalunya yang ada masalah lebam di paha ini, mereka yang mengalami masalah sengugut yang agak menyusahkan.
Banyak faktor yang perlu dikaitkan untuk kaitkan lebam pada tubuh dengan perkara mistik. Antaranya adalah lebam tersebut disertai dengan kesan gigi dan ada kesan darah.
Perlu berhati-hati, lebam yang kerap pada tubuh, itu menunjukkan ada masalah dengan sel darah merah, Hemoglobin (HB) sedang bermasalah, boleh mengundang masalah Thalassemia atau boleh jadi juga symptom leukemia.
Jadi, untuk mengelakkan dan merawat masalah tersebut :
1) Elakkan atau kurangkan minum Ais atau air yang sejuk.
2) Kurangkan makanan yang sejuk.
3) Amalkan Madu + H/Sawda + Kurma setiap pagi sebagai sarapan.
4) Amalkan meminum pati delima sebelum tidur.
5) Lakukan riadah secara berkala.
Untuk menceritakan lebam berkaitan masalah gangguan makhluk halus, hal tersebut banyak yang perlu dikaitkan dan tidak hanya bergantung kepada symptom lebam sahaja. Cumanya masalah di atas, bukan masalah lebam disebabkan gangguan.
Semoga beroleh manfaat dari ALLAH. InsyaALLAH.
Sekian perkongsian hari ni..moga bermanafaat.

Image may contain: one or more people and night

No comments:

Post a Comment