Saturday, 25 February 2017

RENUNGAN

Jom kita renungkan...jgn dok dengki sangat...apa yg pendengki2 akn dapat...🤔
Jadikan pencapaian orang lain yang sukses sebagai inspirasi, bukan dijadikan sebagai objek memicu iri hati.
Bergembira dengan kesuksesan orang lain itu adalah sebuah 'leverage energy'. Pada tahap awal berkarya atau berusaha anda mungkin agak susah untuk menghasilkan detik-detik gembira. So gunakan dan manfaatkan detik-detik gembira orang lain utk mengaktifkan medan tenaga anda agar anda lebih cepat terbang ke arah sukses.
Orang yang berusaha dan berkarya dengan hati gembira jauh lebih cepat sukses daripada orang yang mengisi hatinya dgn perasaan-perasaan yang menyusahkan hatinya. Kenapa ya?
Kerana konsep Law of Attraction menyatakan bahawa 'likes attract likes'. Frekuensi yang sama akan saling menarik. Kegembiraan anda sekarang akan menarik kegembiraan anda yang seterusnya... Sama, iri hati anda sekarang akan menarik iri hati anda yang seterusnya. Energy flow akan membawa anda mengalami peristiwa demi peristiwa yang membuat perasaan-perasaan tersebut berulang.
Seperti berbelanja... Orang kaya kalau berbelanja, dia menghabiskan wangnya dengan gembira. Maka energy flow membawa dia untuk mengulangi kejadian tersebut to the next and next peristiwa... Makanya yang kaya semakin kaya... Bukan sebab faktor luar, tapi faktor vibrasi hatinya.
Kita pula? Berbelanja sakan sambil ditemani oleh perasaan susah hati malah menyesal berhari-hari... Akhirnya energy flow sentiasa membuat kita kesempitan wang agar kita sentiasa mengulangi perasaan susah hati dan menyesal tadi. Kita yang buta mata hati dan kurang informasi akan gagal melihat faktor ultimate disebalik keadaan ini, dan kekal menyalahkan kerja, orang, keadaan, peristiwa, cuaca, gajah, onta, ikan paus biru pokoknya semua yg d luar diri.
Its all about how u vibrate, how u manage your feelings...
Seperti post sy sebelum ini... Tuhan sudah melakar sistem paling sempurna dan lengkap di alam ini yg kita biasa sebut sebagai Sunnatullah, atau Universal Law of Nature. Tugas kita hanya perlu memposisikan diri agar selaras dan sealiran dengan sistem tersebut.
Bila kita berdoa, kita seolah meminta agar tuhan menyesuaikan sistem tersebut dengan diri kita... Padahal yang harusnya terjadi adalah kita yang menyesuaikan diri agar harmoni dengan sistem tuhan tersebut. Kesedaran salah menghasilkan hasil yang salah.
Semua kesengsaraan dan kesempitan yang kita alami bukanlah kerana tuhan menyiksa kita. Tidak... Tetapi kerana kita sendiri yang semakin tidak selaras dan harmoni dengan sistem tuhan.
Sistem tuhan begitu begitu saja dari dulu. Kekal sempurna tidak perlu tuhan ubah-ubah lagi. Tinggal kita pelajari, cermati dan berusaha harmonisasi... Sasi ya, bukan Cola apalagi Sprite hehe
Ubah vibrasi anda, maka hidup anda juga akan berubah. Atau ubah hati anda, maka hidup anda ikut berubah.
Selamat menikmati hidup dengan lebih bijaksana...
Diari mentor

No comments:

Post a Comment