Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahgian falsafah ini. Boleh di katakan, bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Ia adalah bidang utama yang membicarakan falsafah.
Metafizik merupakan satu bidang pengajian tentang kehidupan nyata. Ianya merupakan satu falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi Epistemologi (teori tentang ilmu pengetahuan), Ontologi (pengajian tentang kehidupan nyata) dan Kosmologi (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)
Rahsia Tarikh Lahir adalah salah satu kajian yang terdapat dalam Sains Metafizik, kajian tentang kehidupan nyata. Ia merupakan satu cabang falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi:
1) Epistemology (teori tentang ilmu pengajian),
2) Ontology (pengajian tentang kehidupan nyata)
3) Cosmology (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)
Kemajuan dalam sains metafizik menemukan kombinasi 4 ideologi dan teori yang menakjubkan. Ianya adalah:
1) Teori Phytagoras tentang Numerologi. Phytagoras digelar “Bapa Numerologi Moden”
2) Teori Falsafah China
3) Penemuan analisis simbolik
4) 5 elemen (Wu Xing) yang terdapat di dalam buku I Ching.
Dengan Tarikh Lahir (hari, bulan dan tahun) seseorang itu dilahirkan, karektor seseorang itu boleh diketahui. Ianya adalah berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan beribu-ribu tahun dahulu. Kajian yang dijalankan keatas berjuta-juta atau mungkin berbilion manusia.
Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal. Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta merupakan perkataaan Yunani yang membawa maksud di sebalik dan fizik pula adalah alam zahir. Oleh itu, metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu, terdapat persolan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap perkara yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu? Adakah sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud? Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang failasuf. Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di capai.
Di antara failasuf yang membicarakan bahagian ini adalah Plato dan juga Aristotles. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sesuatu yang di sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri. Ini kerana alam pemikiran itu tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh di rasa kehadirannya.
Masih ramai anak manusia yang belum menyedari kepentingan ilmu metafizik. Apa sih ilmu metafizik itu? Ilmu metafizik adalah semua ilmu-ilmu yang berada diluar cakupan ilmu-ilmu fizik. Bahasa kunonya ilmu-ilmu ghaib. Namun bila kita guna istiah ilmu ghaib, fikiran kita akan terseret ke satu suasana yang agak seram dan mistik. Semua manusia yang beragama apatah lagi umat islam tidak akan pernah lari daripada ilmu-ilmu ghaib. Setiap doa yang kita lantunkan selepas solat atau doa-doa umum lainnya adalah merupakan ilmu-ilmu ghaib atau ilmu metafizik. Semua ayat-ayat suci yang kita baca untuk menghalau jin apabila merasa seram ketika pergi tandas sorang-sorang pada waktu malam juga adalah ilmu ghaib atau ilmu metafizik. You really never far away from it!
So... Apa yang boleh saya dapat dengan mempelajari ilmu metafizik? Let see... Tahukah anda bahawa DIRI anda terdiri daripada 3 unsur utama? Pertama unsur fizikal iaitu jasad anda. Kedua unsur ghaib iaitu jiwa atau mental anda. Ketiga unsur yang lebih ghaib dan halus lagi iaitu roh anda. Suasana kehidupan pada zaman ini membuat anda sentiasa sibuk memerhati dan memperbaiki jasad anda sahaja. Hanya jasad yang anda bagi makan, kasi cantik, kasi hias, kasi belai, dan lain-lain lagi. Anda lupa untuk memerhati, menjaga dan merawat jiwa dan roh anda sedangkan 2 unsur inilah diri anda yang sebenar, bukan jasad ini kerana ia hanya merupakan perumah bagi jiwa dan roh anda.
Bahagia adalah idaman setiap manusia. Siapa yang tidak mahu bahagia? Bahagia tidak terletak pada benda-benda fizikal. Bahagia tidak terletak pada rupa fizikal yang cantik dan tampan. Bahagia tidak terletak pada pangkat dan kekuasaan. Bahagia tidak terletak pada harta dan kekayaan berlimpah. Bahagia terletak di mana? Bahagia adalah soal perasaan. Ia terletak pada jiwa atau mental anda. Sejauh mana anda mampu mengurus dan merawat jiwa anda dengan nilai-nilai positif. Sekuat mana anda mampu mengisi jiwa anda dengan fikiran dan emosi-emosi yang baik. Jiwa adalah unsur metafizik, unsur ghaib yang tidak terlihat oleh mata fizikal. Namun ia wujud. Belajar ilmu metafizik adalah belajar untuk mengurus, merawat, dan mendayagunakan kekuatan jiwa anda yang terdiri daripada FIKIRAN dan EMOSI anda. Anda boleh bahagia sekalipun anda terlahir dengan rupa paras yang bidak dan jellek ( istilah orang sabah ini hehe ). Anda masih boleh bahagia sekalipun anda tidak memiliki pangkat dan kekuasaan, harta mahupun kekayaan berlimpah.
Asas utama ilmu metafizik adalah kemampuan untuk mengendalikan dan mengelola fikiran dan emosi. Jika skill ini sudah anda kuasai dengan baik barulah anda boleh maju ke level seterusnya yang lebih hebat lagi. Jadi kepada orang-orang lama, jangan lupa dasar ini. Bagaimana mungkin anda mahu maju ke level seterusnya yang lebih hebat jika fikiran dan emosi anda saja belum dapat anda kawal dengan baik? Fikiran dan Emosi adalah ‘alat’ bagi AKU anda untuk berkarya di alam agung ini. Jika ‘alat’ ini masih belum dapat ditangani dengan baik dan kemas, sangat sukar bagi AKU anda untuk berkarya mencipta keajaiban-keajaiban yang anda dambakan selama ini. Jangan heran kalau keadaan anda masih begitu-begitu juga. Di sini letak masalahnya J
Baiklah... Sampai sini dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga ada manfaat untuk saya dan anda.
Salam terindah penuh kasih sayang untuk sekalian makhluk tuhan di alam ini, ikhlas dari lubuk hati yang terdalam.
No comments:
Post a Comment