Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa tempoh masa,
individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan *bersih cantik* tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang *masih kotor; tidak berbasuh*.. Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan *pecah bersepai*.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
*Begitulah jua halnya dengan Allah Taala*.. Jika Kita *kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa*, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat dimana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..
Namun jika Kita *kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa*, Allah akan ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dalam *keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur*, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..
*sekadar renungan*
No comments:
Post a Comment