Sunday, 22 January 2017

KRISTAL OH KRISTAL



Faham betul2 kisahnya ..tq my mentor..
Saya x jual kristal tau...ini hanya cerita tentang kristal..kalau nk beli boleh cari penjualnya..cuma faham dulu konsep nya..
Biasanya, kesihatan terganggu apabila frekeuensi tubuh mengalami gangguan gelombang yang kemudiannya mewujud dalam diri menjadi penyakit. Kristal dan batu permata mempunyai gelombang frekuensi yang bergetar pada skala tertentu, untuk membantu tubuh kembali pada kondisi kesihatannya atau mendapatkan “Khasiat-khasiat tertentu yang dipancarkan oleh benda-benda ini.
Batu permata dan Kristal adalah beberapa benda di dunia ini yang terbina secara semuajadi dan mempunyai getaran gelombang frekuensi yang stabil secara sendirinya. Batuan ini adalah struktur semulajdi yang tidak dapat diubah struktur pattern energy dirinya dan sangat sesuai dimanfaatkan bagi tujuan tertentu jika ia diselaraskan dengan medan aura dan tenaga tubuh manusia.
Secara fizikalnya, ketika anda memegang sebiji batu permata di tangan, anda akan merasakan bahawa ia terpisah dan tidak mendatangkan manfaat apalagi jika tiada input mengenainya. AKAN TETAPI, di sini terletak rahsianya, iaitu pada alam dimensi tertinggi, ketika kesedaran anda mampu mencapai titik null dan keseimbangan alam semesta, anda akan dapat merasakan getaran yang dihasilkan oleh setiap benda-benda alami ini.
Tubuh eterik anda dan gelombang energy dari batuan ini akan saling berinteraksi dan menimbulkan resonans pada keduanya atau kawasan sekeliling, yang akan bergetar secara harmoni, JIKA ia diselaraskan dan dimanfaatkan.
Tidak dinafikan juga, walaupun secara dasarnya unsur alami ini memancar secara semulajadi, namun setiap manusia mempunyai KEPERCAYAAN, KEFAHAMAN, KEYAKINAN dan KERAGUAN yang berbeza-beza, membuatkan medan aura dan bio-magnetik tubuh mereka ada yang tidak serasi dan menolak.
Kefahaman mengenai FREKUENSI, VIBRASI DAN ENERGY KUANTUM, bukanlah lagi menjadi rahsia tersembunyi seperti di zaman para pendeta kuno. Bahkan sekarang ini sudah menjadi sebahagian dari ilmu SAINS dan TEKNOLOGI yang dahulunya juga dianggap mistik, tahyul dan fantasi semata-mata.
Ada beberapa orang yang menemui kami sempat bertanya, “Tuan, tidak SYIRIK KAH menggunakan benda-benda sebegini?”.
Saya jawab. “TIDAK. Kenapa tidak? Kerana MISTIK itu adalah istilah untuk perkara dan kejadian yang TIDAK dapat difahami system kerjanya.”
“Ini pula adalah SAINS. Ada penjelasan yang SANGAT LOJIK disebaliknya. Apa yang kau anggap mistik, tidak mistik bagi saya dan orang-orang yang memahaminya.
“Apa yang syirik bagi mereka yang tidak mahu memahami dan terus menghukum tanpa mahu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu, belum tentu syirik bagi saya dan mereka yang faham.”
Kerana kebenaran setiap manusia belum tentu sama, maka berdebat panjang mengenai hal-hal ini tidaklah mendatangkan manfaat melainkan bagi mereka yang sudah berhasil dan merasakan manfaat kebaikkan dari kaedah aura engineering ini sendiri.
Anggap sahajalah saya salah, dan anda betul. Lalu mari kita teruskan hidup berdasarkan kefahaman kita masing-masing. Namun izinkan saya untuk meneruskan tulisan ini bagi mereka-mereka yang berhajat dan mempunyai enthusiast untuk mendapatkan rahsia dan manfaat dari kekayaan alam yang dianugerahkan Tuhan buat makhluk Nya di dunia ini.
Dalam proses mempergunakan dan menyelaraskan getaran batu permata dan Kristal ini, factor utama yang menjadi conduit bagi penyatuan frekuensi keduanya adalah KEFAHAMAN (Consciousness) dan PENERIMAAN (Acceptance).
Walaupun batuan ini memancarkan gelombang frekuensi yang stabil dan tetap, namun jika hati, perasaan dan keyakinan anda menolak, ragu dan was-was, maka tubuh anda secara automatic akan tetap menolak dari menerima gelombang ini bergetar dengan selari pada aura anda.
Dari perspektif metafizik, kita boleh memindahkan “Hajat dan arahan” kedalam batu Kristal. Dan boleh menggetarkan molekulnya supaya memancarkan arahan ini kepada tubuh kita. Dari sudut saintifiknya pula, bukankah hampir semua teknologi sybernetik kita menggunakan elemen mineral padanya?
Radio pertama dicipta menggunakan Kristal sebagai pemancar dan penerima gelombang radio. Malahan Kristal juga boleh diprogram sebagai cip silicon yang kini sudahpun berada dalam teras pemproses computer dan telefon pintar anda. PERCAYA ATAU TIDAK? Terpulanglah.
Orang-orang pintar dari tamadun lama sudah lama mempergunakan Kristal dan batu permata sebagai conduit bagi kesedaran mereka, memancarkan getaran minda mereka kepada orang ramai, untuk mempengaruhi minda orang bawahan mereka. Bahkan, hingga sekarang kaedah ini masih digunapakai melalui cip silicon dalam TV anda yang digunakan untuk mengawal minda orang awam. Hehehe.
Di dalam jadual elemen kimia, unsur karbon (Manusia) dan silicon (Mineral) hanyalah saling bertindih dan tidak jauh. Ini membuatkan kita mudah sekali untuk mengsintesiskan gelombang energy mineral ini kepada gelombang energy badan kita.
HARUS DIINGAT, bahawa KESEMBUHAN ITU BERMULA DARI DALAM DIRI ANDA SENDIRI. Kristal dan batu permata yang anda gunakan sama juga fungsinya seperti memakan ubat luaran, dengan perbezaan dari segi spiritual dan fizikal sahaja.
Kesembuhan itu datangnya dari Tuhan, akan tetapi manusia dan isi alam ini terikat dengan hukum sunatullah, dan memerlukan ASBAB serta kejadian sebagai penggerak kepada kesembuhan itu sendiri. Dalam tulisan ini, saya mengamfasiskan penggunaan Kristal (Kerana ia adalah TEMA UTAMA) sebagai salah satu dari berbagai sumber pendaya-gunaan ALAT untuk mencapai target dan hajat.
Seperti lagaknya seorang sahabat, atau alatan yang mampu membangkitkan AWE EFFECT dan EUPHORIA dalam diri, begitulah konsep utama dalam penggunaan Kristal ini kepada anda. Gelombang energy dari mineral ini hanyalah sebagai sokongan dan dorongan kepada minda bawah sedar kita yang umumnya sebagai manusia tetap perlukan ALAT untuk memenuhi kehendak nafsu duniawi.
Kunci utama untuk memaksimumkan penggunaan Kristal dalam diri, adalah dengan MENYEDARI secara sedar penggunaan dan cara kerjanya untuk kita. Gelombang elektromagnetik dalam kedua subjek akan menghasilkan resonans kimia dalam tubuh yang berguna untuk pembangkitan hormon setelah terdedah pada batu Kristal ini, baik secara fizikal mahupun psikologi.
Berdasarkan kajian saintifik oleh Mendiang Profesor Masaru Emoto, molekul air akan membentuk molekul seperti Kristal jika didedahkan pada ayat-ayat tertentu yang turut menyokong fakta bahawa elemen alami ini mampu “Menyimpan” hajat, doa dan arahan tertentu untuk kegunaan kita.
Merendam Kristal pada air, mampu menggetarkan gelombang molekul air untuk mendapatkan khasiat dari elemen Kristal ini, sama seperti yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh zaman dahulu. Cuma pada ketika itu, amalan ini masih lagi dipenuhi dengan nuansa mistik dan ghaib semata-mata.
OR IS IT? Boleh jadi sebenarnya banyak orang zaman dahulu yang sudah mencapai kefahaman level tinggi dan menemui pencerahan hakikat, namun sengaja merahsiakan ilmu-ilmu sebegini supaya tidak jatuh ke tangan orang yang aniaya dan bodoh, lalu menyebarkan fakta yang salah berdasarkan cakap kosong dan sangkaan semata-mata
INGATLAH, bahawa yang berkuasa itu hanyalah Allah, namun yang diberikan AKAL dan KELEBIHAN untuk mempergunakan ALAT adalah manusia itu sendiri. Ketika anda mengaktifkan Kristal supaya selaras dan harmoni bersama medan aura, apa yang mengikat anda kepada kuasa-kuasa UNSUR ALAMI ini adalah KESEDARAN anda yang menyedari bahawa semuanya adalah dengan izin Allah semata-mata.
Semoga anda mendapat kefahaman dan keterbukaan daripada perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment