Wednesday, 10 May 2017

Kenapa kita menderita....????


Kita menderita kerana asyik terfokus melihat kekurangan. Padahal sudah begitu byk kelebihan yg tuhan anugerahkan.
Benar janji tuhan, "Jika kamu bersukur aku tambahkan nikmatKu padamu, namun jika kamu ingkar sungguh seksaKu amat pedih"
Derita sengsara yg kita alami ketika ini adalah sbnrnya hasil "seksaKu amat pedih" akibat kita "ingkar" terhadap kurnia2 tuhan kpd kita. Kita fokus melihat kekurangan, itu petanda kita lupa trhadap kelebihan yg kita ada. Kita lupa mngiktiraf dan mngakui pemberian tuhan. Hasilnya kita selalu berkeluh kesah. Emosi jadi berat, hati jadi galau, mulut selalu mengomel dan tindakan juga menjurus ke arah kemusnahan.
Masalah takkan pernah habis selagi kita hidup. Bgtu juga nikmat kurnia tuhan takkan pernah putus selagi kita hidup. Sedangkan hidup itu sendiri adlh nikmat yg x ternilai.
Pada hakikatnya, nikmat tuhan jauh lebih byk berbanding ujianNya. Kita diberikan 99 nikmat dan 1 dugaan, kita akan tetap cenderung utk terfokus kpd 1 dugaan itu. Knp? Kerana mmg fitrah jiwa kita selalu melihat ke bawah, melihat yg kurang krn faktor tarikan unsur tanah salah satu elemen dalam penciptaan kita. Mmg fitrah manusia menuju kekotoran dan kerendahan serta kehancuran.
Justeru utk melihat ke atas, ke unsur cahaya yg merupakan unsur tinggi dan mulia dalam penciptaan manusia, kita perlukan perjuangan. Utk mampu bersyukur kita perlu berjuang. Utk mampu menjadi baik kita perlu berjuang. Utk mampu jd lebih baik lagi kita perlu berjuang lebih kuat lagi.
So as always... Hidup ini sebuah perjuangan.
Selamat berjuang my beloved frens. May God bless u always :)
Diari mentor

No comments:

Post a Comment