You know sahabat...
Sampah yang berbau busuk, ke mana pun kita bawa pergi pasti lalat akan datang menghurunginya.
Macam mana pun kita berusaha mengusir lalat itu, ia tetap akan datang lagi. Letak lah unggun api di dekat sampah itu, semburlah racun serangga di sekeliling kawasan sampah itu, lalat tetap akan datang nanti.
Kenapa?
Kerana sampah itu masih ada di situ. Sudah hukum alam, di mana ada sampah yang busuk pasti ada lalat.
Hidup ini begitu adanya......
Kebusukan hati seperti dendam, benci, khianat, kemarahan, serta perasaan-perasaan negatif seperti sesalan, kesedihan, ketakutan, dan sebagainya adalah 'sampah-sampah busuk' di pada diri kita. Manakala semua masalah adalah 'kumpulan lalat'.
Selagi sampah-sampah di dalam diri tidak dibersihkan, selagi itu lalat-lalat kehidupan akan sentiasa datang mengerumuni kita.
Selagi hati kita tidak dibersihkan dan digilap, selagi itu masalah-masalah hidup mendatangi kita. Usahalah sekuat mana pun untuk selesaikan masalah-masalah itu, habis satu masalah pasti akan datang lagi masalah seterusnya, kerana faktor penarik masalah belum dibersihkan.
Kadang kita merasa bahawa tempat tinggal kita dan orang-orang sekeliling kita sekarang ini yang 'bawa sial' sehingga kita pun mahu berhijrah ke tempat yang baru.
Tidak... Itu salah faham!
Kondisi hati kita lah yang menentukan samada kita mengalami kesialan atau keberuntungan. Bukan tempat atau orang sekeliling, atau apapa faktor luaran.
Hijrah lah ke mana pun. Selagi hati kita tidak berubah, selagi itu tempat dan orang-orang baru tetap terasa 'bikin sial'.
Hakikat hijrah adalah mengubah suasana hati, dari hati yang penuh kebusukan dan kenagatifan menjadi hati yang penuh sifat positif yang harum mewangi.
Tujuan hijrah fizikal, pindah dari satu wilayah ke wilayah lain, adalah agar kondisi hati berubah. Harapannya adalah mudah-mudahan tempat baru, suasan baru dan orang-orang baru boleh mengubah hati kita, reshape our heart.
Kalau hati kita tetap sama seperti dulu, tidak usah tinggi harapan untuk mengubah hidup, walau hijrah ke hujung dunia sekalipun.
Masalah bukan dari luar, tapi dari hati mu. Bite the bullet and take the pain!
Reshape your heart, to reshape your life...
Diari mentor
No comments:
Post a Comment