Saturday, 15 April 2017

Jangan salahkan orang lain

Salam sejahtera...semoga kawan2 saya..follower2 saya sentiasa berbahagia hendaknya...nk tanya sikit...adakah kawan2 kekadang suka salahkan org lain atas apa yg terjadi pada diri anda. Cuba jwb dgn jujurnya..jika ya ..tlg baca sampai hbs..sambil sarapan tu..atau dlm bas..komuter ke..boleh baca...moga bermanafaat..
Banyak orang tidak berdaya mengubah hidupnya kerana masih meletakkan orang lain sebagai 'penguasa' dalam kehidupannya.
Contohnya begini,
"Kerana si A aku jadi susah begini".
"Kerana si B aku jadi menderita begini".
Hukum alam tidak begitu sahabat.........
Apapun yang terjadi kepada kita adalah 'kerana diri kita' sendiri.
Ada karma-karma kita yang menarik peristiwa terjadi.
Ada kifarah-kifarah dosa yang membuat hidup kita mengalami hukuman-hukuman.
Dan.... 'orang lain' hanyalah 'ejen' Tuhan yang dihadirkan sebagai pelakon-pelakon tambahan di dalam senario karma-karma hidup kita.
Makanya....... Yang salah bukan orang lain, apalahi Tuhan.
Semuanya kembali lagi ke 'diri kita'.
Diri kita telah melakukan sesuatu sehingga kita akhirnya menerima sesuatu.
Hal paling pertama yang wajib kita lakukan untuk mengubah hidup adalah dengan menyedari bahawa,
(BACALAH AYAT INI BERULANG-ULANG AGAR ANDA MEMAHAMI HAKIKAT HIDUP DAN TERBEBAS DARIPADA ILUSI)
"Akulah yang menyebabkan hal ini terjadi. Perasaan-perasaan ku menjadi faktor menarik semua kejadian dan peristiwa di dalam hidupku. Semua orang hanyalah watak tambahan cerita hidup yang aku ciptakan. Maka jika aku ingin mengubah hidupku, aku harus mengubah perasaan-perasaanku. Aku harus membersihkan hatiku daripada semua perasaan-perasaan negatif yang menarik hal-hal negatif ke dalam hidupku. Aku harus mampu menciptakan perasaan-perasaan positif agar hanya hal-hal positif terjadi di dalam hidupku"
Kalau anda sudah sedar akan hal ini, maka anda telah bersedia untuk mengubah hidup anda, dan anda telah punya KUASA untuk mengubah hidup anda.
Selagi anda menyalahkan orang lain dan keadaan-keadaan, maka anda masih dalam ILUSI dan KHAYALAN. Ini kerana anda memberi KUASA kepada orang lain dan keadaan mengubah hidup anda.
Iyaaaaaaaa.....
Kalau anda berkata,
"Gara-gara si anu lah aku jadi begini".
"Si anu lah yang buat aku sakit hati".
"Sakit betul hatiku oleh si anu"
Anda nampak tidak? Anda masih memberi KUASA kepada orang lain untuk mengubah hidup anda. Itu ILUSI dan KHAYALAN belaka.
Ada ungkapan indah begini,
"Ia am the captain of my soul, i am the master of my destiny"
Ertinya gini............
"Aku adalah kapten hatiku, aku merasakan di hatiku apa yang aku inginkan, bukan apa yang orang inginkan dan lakukan kepadaku.
Aku adalah penguasa ke atas nasibku. Aku tahu rumusnya untuk mengarahkan dan mengubah nasibku ke mana, iaitu dengan mengubah suasana hatiku kerana perasaan-perasaankulah yang menciptakan jalan kehidupanku".
Kalau sudah gitu, anda tinggal mendekat kepada Tuhan. Ingat Tuhan selalu kerana hati anda adalah 'kerabat' Tuhan.
Makin ingat Tuhan makin hati anda yakin, bahagia, gembira, damai sejahtera.
Dan hidup anda pun semakin bahagia dan indah.
Faham ya? Alhamdulilllah puji syukur kepada Tuhan.
Kalau belum faham, baca lagi...... lagi dan lagi sampai meresap wisdom nya ke minda anda.
Diari mentor

No comments:

Post a Comment