Friday, 3 February 2017

ناالله مع الصابر ين "sesungguhnya Alloh Ta'ala bersama orang-orang yang sabarr..

"
Sifat manusia dijadikan secara semulajadi tidak sabar dan ingin segera mendapat apa yg diingininya. Dalam semua aspek kehidupan, tanpa kecuali termasuklah dalam perjalanan spiritual.
Sabar menjalani amalan-amalan kita secara istiqamah. Inilah kunci untuk sukses dalam apa juga aspek dan termasuklah juga pencapaian-pencapaian spiritual. Sabar adalah satu sifat yang begitu mahal. Sabar adalah faktor semulajadi yang boleh mendatangkan rahmat dan pertolongan Allah kepada kita. Jika ada kesulitan, sabarlah. Dengan sabar maka Allah akan bersama kita. Jika Allah sudah besama kita maka apa lagi yang tidak mampu kita redah? Apa lagi yang tidak mampu kita capai? Jika anda sakit, lalu anda sabar, dengan sabar itu anda sudah memasukkan diri anda ke dalam golongan yang difirmankan Allah iaitu :
Innallaha ma'assobirin - sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Jika anda sedang bersabar ketika ini, berbahagialah kerana Allah sedang bersama anda. Jika anda solat belum tentu Allah bersama anda, kerana mungkin anda tidak khusyuk. Tetapi jika anda sedang diuji, lalu anda bersabar, pasti Allah sedang bersama anda kerana itu janjiNya dan janjinya adalah satu kepastian. Setiap kali anda diuji, sebenarnya Allah ingin mendekati anda. Lalu mengapakah anda terburu-buru ingin agar kesulitan anda selesai? Anda seolah ingin agar Allah segera menjauhi anda. Bukankah begitu secara logiknya?
Jika kita diuji, dari segi kerohanian, Allah mahu kita datang bersimpuh dan bersujud dihadapanNya, melebur seluruh ego, memohon ampun semua dosa, memohon maaf atas semua kelalaian sehingga ke satu titik kemuncak. Titik kemuncak apa? Iaitulah ikhlas... Ini adalah satu bentuk perasaan khas yang terasa mengalir ke hati HANYA jika kita sudah cukup menghadap bersimpuh di hadapan Allah dalam tempoh yang agak lama. Mungkin 30 minit, mungkin 1 jam atau mungkin 2-3 jam. Dengan perasaan inilah akan terasa satu bimbingan ilham yang seoalah dicampak begitu saja ke hati kita. Dan dengan itu kita yakin begitu saja bahawa itu adalah petunjuk dariNya. Agak sukar dijelaskan secara perkataan, kerana ini adalah satu ilmu praktikal. Anda akan tahu setelah merasakannya.
Masalah kita adalah, apabila kita ada masalah atau ada hajat, kita tidak langsung pergi menghadap Allah, bersimpuh dna bersujud dihadapanNya. Kita akan lebih dulu duduk di kerusi, hisap rokok sambil merenung memikir dengan kening bekerut dalam. Kalaupun kita datang menghadapNya, mungkin hanya 5-10 minit. Itu belum cukup untuk mencpai 'titik kemuncak'. Tanda kita sudah mencapai titik kemuncak dalam taqarrub kita kepada Allah adalah adanya perasaan damai yang begitu kuat terasa di hati dan ini akan diikuti oleh satu 'bimbingan ilham' yang murni. Sekali lagi susah nak tulis keadaan ini. Ianya harus dialami sendiri secara langsung baru boleh faham dengan baik. Sebentuk ilham yang datang pada kita sebelum mencapai titik ikhlas dalam taqarrub, boleh jadi adalah ilham sampingan yang muncul dari fikiran atau juga dari nafsu, atau juga dari anak-anak syaitan. Sebab iblis sudah berjanji akan menyesatkan seluruh anak adam, kecuali yang IKHLAS.
Sekarang, syarat sabar yang bersama Allah, harus ada istiqamahnya. Maksudnya Istiqamah dalam bersabar atau sabar berterusan. Begitu juga sebaliknya, sabar dalam beristiqamah. Maksudanya ketika sedang beristiqamah menjalani satu amalan, kita harus sabar untuk terus bersitiqamah. Jadinya, istiqamah dan sabar itu sentiasa harus berpasangan dan saling melengkap

No comments:

Post a Comment