Saturday, 25 February 2017

Kenapa dan mengapa😅


Keberagamaan seharusnya mampu mengubah jiwa anda. Jika anda sudah lama hidup dlm keberagamaan namun jiwa anda tiada anjakan paradigma drpd negatif kepada positif, drpd keras kepada lembut, benci kepada cinta, kufur kpd syukur, dan jahil kepada makrifah, maka keberagamaan anda salah haluan. Anda belum mendapat inti agama!
Kenapa yah? Barangkali anda sibuk mengurus penampilan luaran anda, berbanding mngurus hati anda. Barangkali anda lebih sibuk mengurus keberagamaan org lain, sibuk mngurus aurat org lain. Barangkali anda lebih sibuk membanding-banding kefahaman anda dgn org lain. Barangkali...
Barangkali... Itulah liku-liku perjalan rohani dalam bergama. Boys keep playing, while man work the real thing.
Kerana tuhan yg menyusun hukum alam, sunnatullah atau Universal Law of Nature, maka tuhan tahu selok belok kehidupan. Jika anda ingin bahagia, ikuti sunnatullah. Apa dia?
Baiki hatimu, niscaya hidupmu akan jadi lebih baik.
Bagaimana?
Dgn hidup dalam keberagamaan, menjadikan agama sebagai medium transformasi hati.
Jgn sebaliknya... Jgn jadikan agama medium menebalkan ego.
Diari mentor😉

No comments:

Post a Comment