Saturday, 21 January 2017

Ya benar sekali katamu...


Paling penting dalam berdoa adalah kerendahan hati seseorang itu terhadap yang dia minta. Tambahan maksud doa itu sendiri adalah pengharapan dari yang rendah kepada yang lebih tinggi darjatnya di samping mempunyai tujuan yang satu iaitu merasai takut yang membawa kepatuhan pada Allah semata-mata yang tanpa ada berbelah bagi kepada sesiapapun jua.

TETAPI...

Jika seorang insan itu hanya mencari teks-teks doa yang diyakini berkesan maka kadang-kadang proses itu memakan masa dan mungkin setelah ia dijumpai perlu pula dihafal dan diingati untuk diamal dalam kehidupan sehari-hari.

Jika seseorang itu hanya mencari waktu-waktu tertentu pula, maka mungkin agak sukar itu dia menunggu kepada waktu yang disebutkan sebagai waktu yang mustajab. Begitu pula, jika mencari tempat-tempat yang mustajab, boleh jadi dia perlu mengorbankan tenaga hatta kewangan juga demi untuk menziarahi tempat-tempat tersebut.

NAMUN,

Kelebihan bagi mereka yang mendapatkan hati yang mustajab dengan merendahkan diri di hadapan Yang Esa, maka tidak kiralah apapun yang dia baca (yang mengikut syara’), pada ketika mana pun dia berdoa, atau dimana-mana sahaja dilafazkan doa, maka dia akan dapati bahawa doanya sebenarnya telah dimakbulkan oleh-Nya.

Oleh yang demikian bukan salah kita mencari apa-apa bahan bacaan bahkan jika kita mampu maka doa-doa yang ma’thur(berdasarkan hadis-hadis sahih daripada nabi s.a.w) lebih utama untuk kita baca, atau mencari waktu dan tempat mustajab, tetapi hati yang ikhlas dan bersih itu membuka seluasnya ruang kepada manusia dalam rangka berdoa mengharap kepada-Nya⁠⁠⁠⁠

No comments:

Post a Comment