Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Oleh itu marilah sama-sama kita banyakkan berzikir.
Ingatlah....
Minda kita adalah sebuah 'mesin' yang sangat kompleks dan unik. Kemampuan komputer yang kita kagumi pada zaman ini masih sangat kecil jika dibandingkan dgn keupayaan minda kita. Sangat jauuuuuuuuuuhhhhhh bezanya. Minda kita mampu membuat connection dengan banyak perkara sehingga unlimited perkara pada satu masa. Minda manusia zaman ini sudah sangat terhad hubungannya dengan alam ini kerana rutin kehidupan seharian kita melatih minda kita untuk semakin sempit dan sempit lagi. Hanya dengan zikrullah, kita boleh kembali meluaskan skop minda kita agar terhubung dengan baik dengan seluruh alam ini. Kenapa Zikrullah?
Ketika anda mula memfokuskan diri dengan zikrullah, ingat kepada Allah. Semua yang berkaitan dengan Allah akan mula memasuki kesedaran anda. Fikiran, perasaan, tindakan, dan seluruh aspek hidup anda akan dipenuhi dengan segala yang berkaitan dengan Allah. Cuba renung sejenak, apa saja yang berkaitan dengan Allah? Jawapannya, seluruh alam ada kaitan dengan Allah. Semua perkara ada kaitan langsung dengan Allah. Nyawa anda, masalah-masalah anda, hajat-hajat anda semuanya ditangan Allah. Anda mahu kaya, kekayaan milik Allah semuanya. Anda mahu cinta dari manusia, semua manusia dan seluruh perasaan mereka di tangan Allah. Anda mahu apa? Sebut saja...semua dalam lingkungan kuasa Allah.
Sangat berbeza jika kita fokuskan kesedaran dengan makhluk. Fikiran kita hanya dapat buat connection dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan objek fokus itu. Dengan itu jiwa kita tidak merasa keluasan yang hakiki, tidak merasa ketenangan yang hakiki, dan tidak merasakan kebahagiaan yang hakiki. Sebab apa juga yang selain Allah bukanlah hakiki.
Oleh itu, jika anda memfokuskan seluruh kesedaran anda untuk mengingati Allah maka semua yang berkaitan dengan Allah akan melimpah memasuki diri dan kehidupan anda. Perkara yang menggembirakan adalah, disisi Allah itu hanya ada perkara-perkara positif, tiada perkara yang negatif. Jika anda berzikir tetapi masih merasa negatif bermakna zikir anda belum cukup. Belum cukup ikhlas, belum cukup penghayatan dan belum cukup istiqamah.
Semoga kita selamanya diberikan hidayah dan inayah untuk mengingati Dia Yang Maha Sempurna.
No comments:
Post a Comment