Seperti biasa, memang dalam sesetengah kejadian, kadang kala ada terjadi keajaiban sedemikian. Tetapi, bukan dalam skala yang mampu mengubah situasi fizikal. Untuk mendapatkan mata ketiga yang hebat dan mampu tembus pandang ke seluruh network dan channel dunia paranormal, metafizik dan spiritual, anda perlu melakukan KORBAN tertentu.
Bahkan korban ini sama sekali langsung tidak membabitkan perjanjian dengan jin, hantu dan syaitan. Penggunaan mata ghaib, jika anda pelajari dari sudut metafizik, adalah PURE EXPLAINABLE BY SCIENCE, sehingga tiada langsung nilai mistik dan paranormal dalamnya. Ahhhh tidak bolehlah diceritakan di sini, nanti semua orang jadi bijak mengolah kekuatan ajaib yang terpendam dalam badan... Hahahahaha.
Alam akan sentiasa menyembunyikan ilmunya kepada orang-orang yang belum bersedia. Andai dipaksa sekalipun, jika ia bukan jodoh dan takdir anda, ilmu ini akan selama-lamanya menjadi misteri buat anda.
Mata ketiga, Ainul Basyirah, Mata ghaib, Sixth sense dan apa pun sebutannya, bukanlah KEBENARAN, melainkan ia hanya sebagai ALAT yang membantu anda dalam mencari kebenaran. Bagi yang sudah mendapatkan attunement, atau terbuka mata ghaibnya, dipersilakan menggunakan dan melatihnya untuk dipertajamkan tanpa prejudis, namun bukan dalam proses menghancurkan kehidupan orang.
Wajib diingat, Orang-orang yang benar-benar sudah mampu melihat "RAHSIA CIPTAAN TUHAN" bukanlah dari kalangan mereka yang bermulut besar dan menjaja cerita-cerita NYA di pasar mahupun status Fesbuk dan Wechat. Kerana semakin anda lihat keindahan alam ini dari berbagai sudut, berbagai dimensi dan berbagai level kefahaman, anda akan semakin faham bahawa bukan semua manusia layak untuk mendapat rahsianya.
Ingat ini...
Semua orang benar atau tidak, boleh saja mengakui dirinya yang mempunyai mata ghaib yang paling terang.tanpa BUKTI KUKUH sekalipun. Tiada sesiapa di dunia ini mempunyai garis panduan lengkap secara fizikal untuk menentukan mana-mana orang yang mengaku kasyaf bahawa dia lah yang paling benar diantara benar sekali."
Mata ghaib itu fungsinya yang sebenar cuma SATU, untuk retrospek diri, melihat kedalam jiwa sendiri, bagi memperbaiki diri sendiri. Bukan untuk menghakimi dan menyebarkan dusta sesama sendiri.
Kenalan saya sendiri yg hebat dlm bidang ini..banyak pesakitnya.. masih menepuk dahi berlari-lari anak mencari kunci motor atau pendrive yang hilang di dalam rumah, walaupun sudah melihat berbagai-bagai jenis hantu, melihat aura pesakit, melihat replay memory di alam ghaib, dan mencabut aneka jenis saka. Dan tidak dinafikan dalam kondisi mental yang paling tenang, banyak juga penyelesaian yang diilhamkan datang ke dalam penampakkan mata ghaib ini.
🤔

No comments:
Post a Comment